26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

KPDN sasar inisiatif Menu Rahmah dilaksana seluruh negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan inisiatif Menu Rahmah disebarluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sejak dilancarkan secara rasmi semalam, beliau menerima banyak persoalan dari orang ramai berkenaan lokasi serta kedai makan yang menyediakan menu tersebut.

“Sejak semalam, ada ramai sangat yang bertanya “di mana lagi kita boleh dapatkan Menu Rahmah ni?” , “Menu Rahmah ni di bandar sahaja ke?”, “Menu Rahmah ni di Mydin je ke?”

“InsyaAllah, jangan risau. KPDN menyasarkan inisiatif Menu RAHMAH akan disebarluaskan ke seluruh negara secara berperingkat,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar beliau lagi, setakat ini libat urus telah diadakan antara wakil-wakil persatuan restoran termasuklah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Baca juga:   KPDN edar 'food bank' ke kawasan terjejas banjir

“Jadi pastinya mereka akan mula menawarkan Menu Rahmah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, KPDN menggalakkan agar lebih ramai peniaga menyertai inisiatif Menu Rahmah ini untuk sama-sama membantu rakyat yang memerlukan untuk menikmati hidangan yang lengkap pada harga mampu milik.

“Saya juga akan menjelajah ke seluruh negara untuk meneruskan libat urus dengan lebih ramai pemain industri makanan dan minuman agar usaha Menu Rahmah ini dapat dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia,” katanya.

Baca juga:   KPLB peruntuk hampir RM900 juta untuk Sarawak - Mahdzir

Semalam, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.

Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan