26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Polis tahan pelacur tua di ibu negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita tempatan yang bakal mencecah usia warga emas beberapa tahun lagi dikesan masih aktif melakukan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan Op Noda di lokasi terbabit pukul 1.30 pagi semalam.

“Dalam serbuan itu, kami menahan lima wanita terdiri daripada dua warga asing berusia antara 32 hingga 36 tahun serta tiga wanita tempatan berusia 36 hingga 57 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Kami turut menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai penjaga premis dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu, kami turut merampas 454 kondom, 35 gulung tisu serta wang tunai berjumlah RM300,” katanya hari ini.

Baca juga:   Malaysia negara pertama dapat permit operasi hospital haji

Ujar Noor Dellhan, modus operandi suspek adalah menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM50 bagi setiap kali perkhidmatan.

“Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan warga asing yang didekati di tepi jalan sebelum mereka dibawa ke bilik yang disewa.

“Semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 3 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Insiden buaian 'fun fair', seorang maut, seorang cedera

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan