30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

KKD rangka pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi

Ia untuk memastikan bahawa semua organisasi yang mengendalikan data bertanggungjawab ke atas keselamatan data pengguna.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) kini sedang berusaha untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) demi keselamatan membendung ketirisan data.

Menterinya Fahmi Fadzil, berkata ia bukan hanya untuk memperkukuhkan akta itu, tetapi juga untuk memastikan bahawa semua organisasi yang mengendalikan data bertanggungjawab ke atas keselamatan data pengguna.

“Sama ada untuk transaksi komersil, untuk pin keselamatan..perlu faham bawa sekiranya mereka culas atau gagal melindunginya, maka kegagalan itu perlu menghadapi penalti yang serius.

“Sekarang pada waktu ini seakan-akan tidak ada rasa segan silu kalau berlaku ketirisan data, malah sekiranya dibuat penafian tidak ada pengesahan bahawa penafian itu benar ataupun tidak

Advertisements

“Jadi undang-undang dari segi itu kita sedang usaha untuk perketat dan ia sangat penting,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023, hari ini.

Bagi aspek keselamatan siber pula, beliau berkata sekiranya hendak memastikan data selamat, maka prasarana siber itu perlu dipastikan keselamatannya terjamin.

Menurutnya, setakat ini peranan CyberSecurity Malaysia (CSM) sangat berkesan, tetapi pada masa sama perlu lihat ada keperluan agensi itu diberi lebih kuasa atau mendapat kerjasama lebih erat daripada semua pihak tidak kira awam atau swasta.

“Ini supaya satu aspek audit keselamatan siber dapat dilakukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan