26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Muhyiddian sahkan telah dipanggil SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa hari lepas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, telah memberi kenyataan berhubung beberapa perkara terutamanya melibatkan projek Jana Wibawa.

“Keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

“Projek itu diusahakan Kementerian Kewangan (MOF) dan dicadangkan Menteri Kewangan pada waktu itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Ia dicadangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul pada saya. Yang saya setuju adalah kerana pada waktu COVID-19 tu, antara paling teruk terkesan adalah kontraktor-kontraktor Bumiputera.

“Kalau tak dibantu, sebahagian besar dah gulung tikar. Maka, idea itu datang dari Tengku Zafrul, disampaikan kepada saya, dan saya setuju,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Blood Donation Drive Anjuran Yayasan TSM Charity Golf di sini pada Sabtu.

Muhyiddin menjelaskan, agensi itu memanggil beliau adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan bukannya suspek yang dikaitkan.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak terlibat dalam sebarang proses mempertimbangkan atau meluluskan projek itu kerana ia di bawah MOF.

“Jadi apa ada terlibat dengan saya? Tiada. Cuma menyalurkan sahaja. Adakah saya memutuskan? Tidak sama sekali.

“Yang ini antara perkara yang telah saya jelaskan dengan ada surat bukti daripada pihak KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) yang cadang.

“Saya jelaskan juga sebahagian antara lain sama ada saya kenal ke kontraktor tu semua, saya tak kenal. Tak pernah saya berjumpa dengan mereka, nama-nama syarikat pun saya tak tahu,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan