27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan tumpu selesai masalah daif seluruh negara – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN ketika ini memberi tumpuan untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini, amat penting untuk mempertingkatkan

aspek dan mutu pendidikan serta dimartabatkan untuk semua lingkungan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta perbezaan di negara ini.

“Saya tegaskan dalam hal ini masalah sekolah daif di seluruh negara akan diselesaikan segera supaya masa depan anak-anak dan generasi akan datang lebih terpelihara.

“Apabila masalah ini dapat diselesaikan, saya percaya, keyakinan masyarakat terhadap negara ini akan terus bertambah dan dapat dikekalkan dalam membentuk sebuah negara yang lebih maju serta berdaya saing,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika berkongsikan butiran penting sempena  majlis minum petang bersama Ahli Jawatankuasa Kuil-Kuil seluruh Malaysia di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Advertisements

Pada majlis berkenaan, Anwar berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah diarah menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.

Menurutnya, pendekatan Kerajaan Perpaduan pimpinannya adalah untuk memastikan semua sekolah di bawah tanggungjawab kerajaan akan diperbaiki bermula dengan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Feb ini.

“Tumpuan kita tentu perbaiki mutu (pendidikan) dan menyelesaikan (isu sekolah daif) supaya jangan ada rakyat, baik orang Penan dan Dayak di pedalaman Sarawak, India di Ijok, Melayu di Manek Urai, termasuk kategori miskin.

“Jadi, saya beritahu menteri mana sahaja sekolah daif harus disenaraikan tanpa kira jenis sekolah, tanpa kira jenis daerah, tanpa kira siapa pelajarnya. Tanggungjawab kita mulai tahun ini, akan pastikan tumpuan khusus untuk perbaiki semua sekolah daif dalam negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan