34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cukai pendapatan M40 dikurangkan, T20 dinaikkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu M40 sebanyak dua peratus bagi membantu meringankan beban golongan itu.

Beliau berkata, pengurangan itu akan bermula tahun ini dengan membabitkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000 setahun.

Menurutnya, langkah itu dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai, lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

“Selama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan, sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka, meskipun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

“Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar dengan temanya Membangun Malaysia Madani.

Bawah Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt tahun lalu oleh kerajaan terdahulu, cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM50,001 hingga RM100,000 dikurangkan sebanyak dua peratus untuk tahun taksiran 2023, daripada 13 peratus kepada 11 peratus bagi RM50,001-RM70,000 dan daripada 21 peratus kepada 19 peratus untuk RM70,001 hingga RM100,000.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi (T20) termasuk Ahli Parlimen, antara 0.5 sehingga dua peratus membabitkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.

“Kurang 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Langkah ini membabitkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat khususnya M40,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan