29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dr Mahathir alami kemurungan politik – Puad

Tidur Dr Mahathir terus terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat dan dipenjarakan beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalami kemurungan kerana meninggalkan politik.

Lebih malang, katanya, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu jatuh daripada arena politik dengan penuh kehinaan termasuk hilang deposit dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Pada masa yang sama, Mohd Puad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO berkata, lebih menambah kemurungan Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi Perdana Menteri.

“Tun Mahathir jatuh politik dengan penuh kehinaan. Tun M hilang deposit, hilang penyokong ‘die hard‘ (penyokong tegar). Parti Pejuang sedang menghampiri kematian.

“Legasinya tidak lagi dihormati. Legasi baharunya ialah Perdana Menteri yang kuat mencampuri urusan mahkamah, pengamal pendakwaan politik dan pengamal KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) tegar,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuatkan orang Melayu tidak berakhlak kerana sanggup disogokkan dengan wang secara percuma.

Mohd Puad berkata, kini tidur Dr Mahathir terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat dan dipenjara beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri Ke-10.

“Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang didakwa dengan puluhan pertuduhan pula kini jadi TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan kekal Presiden UMNO,” katanya.

Katanya, sudah tentu duka lara Dr Mahathir meningkat kerana Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan langsung tidak menampakkan kemurungan sebaliknya kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai apabila dibebskan nanti.

“Tun M pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status Tun M adalah ‘negarawan’ semakin pudar.

“Pelawaannya untuk jadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut. Tun M perosak kestabilan dan trust (kepercayaan) politik di Malaysia. Never ever trust Mahathir (tiada siapa pun mempercayai Mahathir),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan