27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 30, 2024

Tiga projek tebatan banjir segera dibina di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA projek tebatan banjir akan segera dibina melibatkan tiga daerah di negeri ini bagi mengatasi masalah banjir.

Cadangan tiga projek tersebut dipersembahkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru hari ini.

Memetik hantaran Facebook Sultan Ibrahim, tiga daerah yang mendapat projek tersebut ialah Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

“Projek tebatan banjir itu akan segera dilaksanakan dalam usaha mengurangkan risiko banjir yang sering melanda beberapa daerah di Johor,” kata hantaran tersebut.

Pada sesi mengadap itu, Nik Nazmi turut mempersembahkan situasi banjir di negeri Johor.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan