29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada isu diskriminasi calon SPM sertai bengkel – KPM

Pelaksanaan bengkel diasingkan mengikut siri bagi mengelakkan gangguan terhadap calon yang membuat persiapan Tahun Baharu Cina.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengesahkan tidak wujud isu diskriminasi terhadap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam penganjuran bengkel persediaan peperiksaan itu oleh sebuah sekolah di Johor Bahru seperti didakwa.

KPM dalam satu kenyataan berkata, bengkel tersebut merupakan salah satu dari pelbagai perancangan pihak penganjur bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM.

“Bengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari 2023 bertempat di hotel yang sama.

“Jadi tiada isu diskriminasi yang timbul berhubung perkara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Berikut kenyataan penuh KPM berhubung isu tersebut:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada satu hantaran di
aplikasi Twitter berhubung penganjuran Bengkel Persediaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor.


KPM telah mendapatkan maklum balas awal dari pihak Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Johor berhubung bengkel berkenaan serta justifikasi program dilaksanakan dalam dua siri.

Sebagai makluman, bengkel tersebut diadakan atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru yang telah menganjurkan dialog prestasi yang kemudiannya disusuli dengan penganjuran bengkel tersebut oleh pihak sekolah.

Ia adalah kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

Laporan awal mendapati bahawa bengkel tersebut merupakan salah satu dari pelbagai perancangan pihak berkaitan bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM.

Pada 19 dan 20 Januari 2023, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah
dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.

Bengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan
gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari 2023 bertempat di hotel yang sama.

Hasil siasatan mendapati tiada isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki SPM dalam program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan pegangan agama berbeza sebagaimana
yang didakwa.

Namun prestasi komunikasi akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Pendidikan adalah elemen utama yang merentas setiap kaum, agama dan
bangsa.

Proses dan carta alir penganjuran program oleh pihak sekolah adalah
antara aspek yang sering diberi penekanan.


KPM memohon kerjasama agar ibu bapa dan masyarakat terus menghubungi KPM melalui platform rasmi sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah terutamanya yang melibatkan murid-murid.

KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan