24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan mulai esok

Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bernilai RM1.67 bilion akan disalurkan secara berperingkat mulai esok.

Beliau berkata, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai esok.

Menurut Anwar, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

“Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

“Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Baca juga:   JPJ sasar kutip RM4.12 bilion hasil tahun ini

“Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023,” katanya.

Jelas beliau, semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. – Edisi 9

Baca juga:   Tok Mat sah mahu tanding di Rembau, KJ nak letak mana?

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan