32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Warga emas rentung dalam kebakaran enam rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas ditemukan maut dalam kebakaran deretan enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk, Perak, hari ini.  

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ong Chok Seng, 83, ditemukan rentung manakala cucunya, wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di lutut dipercayai terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab Aziz, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 pagi.

“Setibanya di lokasi, api marak membakar enam rumah kelas C dan pasukan dimaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam rumah berkenaan.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke rumah bersebelahan sekali gus berusaha menyelamatkan mangsa,” katanya hari ini.

Ujar Asmahisham lagi, hasil pemeriksaan menemukan mangsa terbaring dalam sebuah bilik di rumah kedua terbabit.

“Keenam-enam rumah yang dihuni 25 orang itu musnah 90 peratus. Kejadian ini turut memusnahkan kereta jenis Toyota Altis dan Perodua Kancil serta sebuah motosikal.

“Operasi mengambil masa hampir tujuh jam sebelum ditamatkan pada jam 1.21 petang,” katanya.

Asmahisham berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, operasi terbabit melibatkan 35 pegawai dan anggota bomba termasuk bantuan daripada BBP Teluk Intan, Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Bomba Sukarela Bagan Datuk dan Bagan Sungai Tiang.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan