27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Agong terima menghadap Menteri Luar Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan di Istana Negara, hari ini.

Sesi menghadap bermula kira-kira 2.20 petang itu disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Sri Amran Mohamed Zin, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura Albert Chua.

Istana Negara dalam hantaran di Facebook rasmi berkata, dalam sesi menghadap yang berlangsung hampir selama 30 minit bermula itu, kedua-dua pemimpin telah menyentuh berkenaan pengukuhan hubungan dua hala yang istimewa dan erat terjalin sekian lama antara Malaysia dan Singapura.

“Sesi menghadap itu adalah antara jadual Dr. Vivian Balakrishnan yang kini dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Malaysia, bermula hari ini,” kata kenyataan itu.

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Pada Oktober lepas, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat melakukan lawatan negara ke Singapura selama empat hari, bermula 25 Oktober 2022.

Dalam rangka lawatan negara itu, Seri Paduka berdua telah melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob selain turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM336.73 bilion (US$76.40 bilion), peningkatan sebanyak 30.8 peratus, berbanding nilai yang direkodkan pada 2021. – Edisi 9

Baca juga:   Program Subsidi Upah: Kerajaan salur RM20.9 bilion

Wartawan

Terkini

Bot nelayan tempatan tiada lesen ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen...

Lagi Artikel Berkaitan