34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Skim bantu PKS dimuktamadkan Februari ini

Kerajaan negeri akan menanggung 100 peratus kadar faedah pinjaman ke atas Perusahaan Mikro serta hampir separuh daripada kadar faedah ke atas PKS.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI merancakkan lagi ekonomi negeri Johor, satu skim bagi membantu peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) & Perusahaan Mikro Bangsa Johor akan dimuktamadkan pada bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setelah berbincang dengan delegasi Bank Rakyat Bhd, kerajaan negeri bersetuju untuk memudahcara Skim Pembiayaan Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Negeri Johor, bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

“Jumlah pembiayaan pinjaman adalah antara RM50,000 hingga RM500,000.

“Untuk terus membantu para pengusaha, kerajaan negeri akan menanggung 100 peratus kadar faedah pinjaman ke atas Perusahaan Mikro serta hampir separuh daripada kadar faedah ke atas PKS,” katanya di sini selepas mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pentadbiran negeri Johor dan pegawai Bank Rakyat.

Beliau berkata, Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan aset melebihi RM115 billion.

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kerjasama ini diyakini dapat membantu kerajaan negeri melonjakkan semula ekonomi di Johor, selari dengan usaha dalam meningkatkan lagi prestasi sektor industri yang lain,”katanya.

Ujar beliau, kerajaan negeri memandang serius akan cabaran yang dihadapi PKS dan Perusahaan Mikro dan berharap inisiatif ini akan menjadi satu lagi pemangkin bagi mereka terus berkembang maju pada masa akan datang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Mad Shah; Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Bank Rakyat, Mohamad Shiblie Abg Sapuan dan Naib Presiden Kanan PMKS & Koperasi, Bank Rakyat, Tun Yazli Hismul Asri Yaacob. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan