26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Saya rela dipecat, sedia terima keputusan parti – Noh

Beliau juga mengesah telah menerima notis panggilan untuk menghadap Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar rela dipecat sekiranya prinsipnya yang lantang ‘mengkritik’ parti dianggap sebagai sabotaj.

“Saya sedia dipanggil Lembaga Disiplin UMNO.

“Saya juga lebih rela dipecat, sekiranya prinsip saya bercakap untuk parti dianggap sabotaj,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Noh juga mengesahkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri telah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO, 30 Januari ini.

Noh berkata, turut dipanggil Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Karang, Jasman Anuar; Ketua Puteri UMNO bahagian, Salbiah Saari; adik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian, Yusop Omar dan anak perempuannya Nurul Syazwani.

Baca juga:   Syabas! Hampir 95% pengundi awal tunai tanggungjawab

Kesemua mereka telah menerima notis sama yang dihantar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menerusi aplikasi WhatsApps, minggu lalu.

Katanya, kandungan notis panggilan itu memaklumkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan pengkhianatan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.

“Saya akan hadir bagi menjelaskan setiap pertuduhan dikemukakan kerana saya masih ahli MKT UMNO.

“Saya bersedia untuk terima apa jua keputusan dibuat parti.

“Kalau hendak pecat, pecatlah. Saya tidak kisah. Tetapi kalau UMNO masih hendak cari salah individu tertentu punca parti kalah PRU-15, terpulanglah,” katanya.

Baca juga:   ‘Saya tidak pernah berbincang, jauh sekali untuk bersama DAP’

Noh berkata demikian bagi mengulas spekulasi namanya tersenarai dipanggil Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari ini.

Selain Noh, jawatankuasa itu menerusi satu mesyuarat hari ini dikatakan turut membincangkan status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan