26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PAU 2022 medan jelas sebab utama sertai Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 yang bermula hari ini akan menjadi medan bagi parti itu menjelaskan sebab utama mereka menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sesi taklimat bersama Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi tumpuan utama 3,000 perwakilan berhubung kedudukan UMNO dalam kerajaan hari ini.

Beliau berkata, taklimat tertutup itu akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang ini.

Katanya, agenda tersebut merupakan antara pembaharuan yang dilaksanakan pada PAU 2022, iaitu perhimpunan pertama parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Fokus utama memahamkan dan memaklumkan (perwakilan) yang hadir mengenai Kerajaan Perpaduan dan mengapa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya dan Presiden akan terlibat petang ini, orang lain duduk mendengar..ada di atas pentas dan di bawah,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan Laman Media di WTC Kuala Lumpur.

Ujar Ahmad lagi, perhimpunan kali ini juga menyaksikan Ketua-ketua Penerangan sayap parti dijemput menjadi pemerhati.

“(Ini) Agar mereka dapat menyampaikan maklumat yang diperoleh secara terus dalam perhimpunan kali ini seperti Ucapan Dasar ketua sayap, Ucapan Dasar Perasmian Timbalan Presiden dan Ucapan Dasar Presiden untuk disampaikan kembali kepada akar umbi,” katanya.

Advertisements

Ahmad berkata, Selain itu, pada PAU 2022 kali ini juga akan diadakan Perhimpunan Agung Khas pada pukul 11.30 pagi, Jumaat. 

“Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin akan membentang (pindaan) supaya Ketua Penerangan bahagian akan menjadi perwakilan secara automatik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, perhimpunan kali ini juga tidak melibatkan wakil luar atau mana-mana wakil parti Kerajaan Perpaduan selain daripada Barisan Nasional (BN).

“Tidak ada duta-duta asing dan jemputan parti Kerajaan Perpaduan kerana mahu selesaikan urusan kita dulu sebelum melangkah seterusnya,” jelasnya.

PAU 2022 menyaksikan seramai 603 pengamal media berdaftar bagi mendapat perkembangan terkini.

Mereka terdiri daripada 77 agensi media melibatkan 58 agensi tempatan dan 19 agensi antarabangsa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan