30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis siasat rakaman CCTV tular pelanggan di bilik persalinan

Video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi media sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter memaparkan rakaman video di bilik persalinan pusat membeli-belah.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu pada jam 4.38 petang kelmarin.

“Hari ini juga pihak kami turut terkesan satu video berdurasi 11 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @Meleisgw yang memaparkan rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian itu berlaku. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular  beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka sejak malam tadi.

Video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi media sosial dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx.

Di dalam hantaran tersebut, pengguna mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan