Monday, July 20, 2026

Malaysia tewaskan Singapura 4-1, mara separuh akhir Piala AFF

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Malaya berjaya menewaskan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan negara mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir.

Gol buat Harimau Malaya dilakar oleh Darren Lok, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero.

Keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat dengan skuad negara sah muncul naib juara Kumpulan B.

Sementara itu, pasukan Vietnam mengesahkan status mereka selaku juara kumpulan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Myanmar di Stadium My Dinh, Hanoi.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan