30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

Isu pelekat cukai jalan kurang berkualiti akan diatasi – Anthony

Sebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan pengumuman akan dibuat apabila persediaan sepenuhnya telah disiap dilakukan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan akan menyelesaikan masalah pelekat cukai jalan kurang berkualiti dan cepat rosak, mulai tahun ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Anthony menjelaskan perkara itu akan diatasi dan ia bakal dimasukkan dalam perancangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tahun ini.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat dengan pengurusan tertinggi JPJ.

Advertisements

Dalam pada itu, Anthony berkata, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

“Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat yang menyusahkan mereka,” katanya.

Masalah berkenaan sering menjadi rungutan pengguna jalan raya kerana kualiti pelekat cukai jalan JPJ yang dikatakan mudah rosak, serta kesan gam yang sukar untuk ditanggalkan daripada cermin kenderaan.

Terdapat juga saranan supaya JPJ memperkenalkan cukai jalan digital seperti penggunaan sijil vaksinasi digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan