Friday, June 5, 2026

KPM jamin BAP dilarikan penjenayah diganti semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Semenyih, Isnin lalu, akan diganti semula sebelum sesi persekolahan Mac.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Fadhlina Sidek selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau, KPM terkilan dengan insiden berkenaan namun pada masa sama akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung gantian wang berkenaan.

“Duit yang hilang itu akan diganti semula, jangan risau. Itu hak anak-anak,” katanya ketika sidang media di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai guru besar yang terlibat dalam kejadian berkenaan, Fadhlina memberitahu kes tersebut juga akan disiasat berdasarkan tatatertib penjawat awam.

“KPM akan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan lanjut.

“Dalam perkara ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sudahpun bertemu dengan guru besar berkenaan dan mereka akan umumkan hasil siasatan itu kemudian,” katanya.

Pada Isnin lalu wang tunai BAP berjumlah RM109,000 dikeluarkan seorang guru besar hilang selepas dilarikan penjenayah di Pekan Semenyih. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan