30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dr Amin ketuai MPPK, KPM lantik 9 orang tokoh dan individu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) melantik sembilan tokoh dan individu yang mempunyai kepakaran dan latar belakang yang pelbagai dalam bidang masing-masing untuk menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023-2025.

MPPK yang dibentuk akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr. Amin Senin.

KPM menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, keanggotaan Majlis ini adalah berdasarkan lantikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Penubuhan Majlis ini menyediakan platform bagi Menteri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara umumnya, untuk mendapatkan pandangan profesional daripada anggota yang dilantik dalam kalangan
tokoh atau individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kepakaran dalam perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

“MPPK berperanan untuk menasihati Menteri berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk oleh Menteri kepada Majlis dengan mengemukakan syor berkaitan perkara
yang dirujukkan itu untuk pertimbangan Menteri.

“Isu bebanan tugas guru adalah antara perkara yang akan menjadi tumpuan utama MPPK untuk diperhalusi sebelum cadangan penyelesaian terbaik bagi menangani isu tersebut dikemukakan kepada YB Menteri
untuk dipertimbangkan,”kata kenyataan itu.

Mengenai pelantikan Dr. Amin, KPM berkata, pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan, dengan dibantu oleh gabungan mantap lapan orang ahli MPPK lain, diyakini dapat memikul amanah membantu pihak KPM mengemudi sektor pendidikan negara
dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan

“KPM berazam untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan bagi menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia daripada segi kualiti
untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara, “menurut kenyataan itu.

MPPK mula ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada November 2010 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan