27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kerajaan perbanyak jualan terus dari ladang FAMA – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memperbanyakkan lagi Jualan Terus dari Ladang oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dijangka sebanyak 10,000 kali jualan di 1,793 premis akan diadakan di seluruh negara.

Malah menurut beliau harga yang akan ditawarkan juga dijangka lebih rendah daripada harga pasaran.

“Koordinasi rentas agensi perlu dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi meneliti penambahbaikan mekanisme pelaksanaan harga dua peringkat agar sebarang keputusan tidak memberi implikasi yang besar kepada pihak terlibat samada di peringkat industri mahupun pengguna.

“Data-data daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia perlu digunakan bagi mengenal pasti segmen pasaran agar jualan tersebut lebih efektif dan memberi manfaat kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup hari ini.

Ujar beliau lagi, FAMA akan dinaiktarafkan sebagai Agensi Keterjaminan dan Sekuriti Makanan dengan objektif memastikan pengeluaran dan pengedaran makanan utama terpilih untuk negara dibuat secara konsisten, cekap dan cukup.

Selain itu menurut beliau, antara strategi menangani isu kos sara hidup menerusi aspek persaingan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) adalah melalui pindaan Akta Persaingan 2010 dalam sesi Parlimen haruslah disegerakan pertengahan tahun ini.

Advertisements

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan supaya isu kos sara hidup ditangani dengan menggunakan polisi dan perundangan persaingan dalam memastikan pasaran serta industri yang sihat dan adil bagi melindungi kepentingan pengguna dari ancaman kartel dan monopoli.

Dalam pada itu, dasar kawalan harga dan subsidi ayam diteruskan sementara satu dasar berkaitan mekanisme bersasar dimuktamadkan.

“Meneliti mekanisme harga dua peringkat yang melibatkan hanya 1.6 peratus daripada keseluruhan pengeluaran minyak sawit mentah bagi kemasan botol dan 8.4 peratus  keluaran untuk kemasan berpaket.

“Manakala 90 peratus pengeluaran minyak sawit mentah adalah bagi tujuan eksport,” katanya.

Malah ujarnya, tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Ops ATM (ayam, telur dan minyak masak) dan Ops Anti Sorok telah melibatkan 814,718 pemeriksaan premis serta 31,009 penyamaran.

“Selain daripada itu, Ops Bersepadu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain telah melakukan 225 Sekatan Jalan Raya (SJR) dan 357 operasi bersepadu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan