24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia-Indonesia sepakat kukuh hubungan dua hala

Kerjasama kedua negara itu akan melibatkan ekonomi, sumber manusia, keselamatan dan budaya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Indonesia sepakat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara menerusi kerjasama ekonomi, sumber manusia, keselamatan dan budaya.

Anwar berkata, perkara itu dinyatakan pada sidang media sebelum mengakhiri pertemuan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Istana Kepresidenan Bogor, Indonesia, petang tadi.

“Kami juga bersetuju pelbagai perbincangan yang belum diputuskan dapat diselesaikan segera serta perjanjian ditandatangani tahun ini.

“Saya juga tegaskan bahawa Malaysia akan hindari isu-isu melibatkan pekerja Indonesia yang boleh meretakkan hubungan kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran Facebook, sebentar tadi.

Advertisements

Perdana Menteri juga berkata, isu perbatasan melibatkan Malaysia-Indonesia akan diteliti dan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat.

Katanya, Malaysia turut ambil pendekatan positif supaya pertumbuhan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara juga beri manfaat kepada wilayah di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Malaysia juga akan memberi tumpuan kepada program hiliran dan ekonomi digital seperti yang dilaksanakan pentadbiran Pak Jokowi. Dan ini sekali gus dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi di negara dan pastinya juga bersama dengan Indonesia dengan lebih meyakinkan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan