32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Kemelut politik Sabah: UMNO isytihar tempoh bertenang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO hari ini mengisytiharkan tempoh bertenang berhubung kemelut politik yang melanda Sabah bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menjelaskan berapa lama tempoh bertenang itu.

Bahkan beliau turut memohon supaya sepanjang tempoh bertenang tersebut, tiada lagi spekulasi atau kenyataan bercanggah yang dibuat sama ada di pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sebentar tadi, kami mengadakan mesyuarat khas Perhubungan UMNO Sabah dan perbincangan diadakan dengan cukup terbuka berhubung kedinamikan politik Sabah.

“Kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah dari segi politik kerana kami berpandangan tiada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan,” katanya di Kota Kinabalu, Sabah.

Ahmad Zahid berkata, UMNO boleh duduk berbincang secara tertutup untuk mencari penyelesian dalam apa situasi sekalipun.

Baca juga:   Pesan Chong Wei kepada Zii Jia boleh hilang 'stress'

“Banyak pendekatan boleh kita ambil dan juga kaedah kita susun atur namun kita faham penyelesaian ini perlu persefahaman UMNO dengan rakan politik lain.

“Dalam hal ini kita beri keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan beri pencerahan terhadap kekeliruan yang berlaku.

“Saya yakin bahawa keberadaan saya ini adalah satu isyarat bahawa kepemimpinan parti di pusat tidak pernah mengambil ringan terhadap perkara yang berlaku di Sabah.

“Saya mengambil inisiatif sendiri menangani perkara ini,” katanya.

Baca juga:   Agong zahir kecewa politik semasa, tiada pilihan bubar Parlimen

Untuk rekod, politik Sabah menjadi tegang awal bulan ini berikutan cubaan UMNO Sabah dan Parti Warisan (WARISAN) menukar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, Hajiji kekal menjadi Ketua Menteri dan mengumumkan akan melancarkan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam masa terdekat ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan