25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bawang lebih mahal daripada daging, ayam di Filipina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA sekilogram bawang merah di Filipina melonjak tinggi dengan harganya kini melebihi nilai yang perlu dibayar pengguna untuk berat sama bagi daging dan ayam.

Portal NDTV melaporkan, Ahli Perangkawan Kebangsaan Dennis Mapa dalam taklimat pada 5 Januari berkata, kenaikan harga barangan pengguna di Filipina mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 8.1 peratus pada Disember, dengan bawang menyumbang 0.3 peratus daripada kenaikan itu.

Bawang merah dan putih dijual pada harga 600 peso (kira-kira RM47) sekilogram, menurut analisis jabatan pertanian mengenai harga pasaran di Manila, setakat 9 Januari.

Majalah Time menyatakan bahawa mengikut angka pemantauan pasaran, harganya untuk berat sama hampir tiga kali lebih mahal daripada ayam, dan 25 peratus hingga 50 peratus lebih mahal daripada daging babi atau daging lembu.

Majalah itu melaporkan harga makanan sedang ditekan di seluruh dunia akibat daripada inflasi global, selain disebabkan oleh pelbagai punca termasuk perang Rusia-Ukraine, isu rantaian bekalan dan perubahan iklim yang melampau.

Apabila satu paun (kira-kira 0.45 kilogram) bawang merah berharga lebih daripada satu paun daging, ia mencetuskan kebimbangan kerana sayur itu adalah bahan biasa digunakan dalam makanan Filipina.

Advertisements

Malah, satu kilogram bawang kini berharga lebih tinggi daripada gaji minimum Filipina untuk kerja sehari penuh.

Untuk menambah bekalan domestik yang semakin berkurangan dan menghentikan kenaikan harga, pihak berkuasa pertanian Filipina mengumumkan bahawa negara itu perlu mengambil jalan keluar untuk mengimport lebih 22,000 tan bawang menjelang Mac.

Menurut Majalah Time, purata permintaan bulanan negara untuk bawang itu adalah sekitar 17,000 tan metrik.

Pada 30 Disember lalu, Presiden Filipina Bongbong Marcos mengarahkan Jabatan Perdagangan menetapkan ‘harga runcit yang dicadangkan’ bagi bawang sebanyak 250 peso (kira-kira RM19.70) sekilogram dan realitinya walaupun ada had harga, bawang tetap mahal.

AGENSI

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan