32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Amaran angin kencang, laut bergelora di lima perairan pagi ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AMARAN ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima perairan seluruh negara sehingga pukul 10 pagi ini.

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, perairan tersebut adalah di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat dan Sabah.

Bagi perkapalan, situasi sama turut diramal di beberapa perairan seperti di Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang dan Labuan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor dengan melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga pukul 10 pagi ini.

Jelasnya lagi, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan