26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Wanita hamil mengidam samun kedai emas menangis didakwa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita hamil tujuh bulan menangis teresak-esak selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas pertuduhan cuba merompak kedai emas minggu lalu.

Tertuduh, Norraniza Muhamad Puslam, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan rompakan terhadap Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, kira-kira pukul 4.45 petang di sebuah kedai emas Daz Jewellery di pasar raya Mydin Ayer Keroh, Melaka Tengah pada 20 Disember lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan berjumlah RM15,000 dengan dua penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam Ilya Shahar yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya sedang hamil tujuh bulan dan menanggung dua anak kecil, ibu bapa serta adik yang masih belajar.

Baca juga:   Covid-19: Kadar positiviti tinggi walau ada trend penurunan

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin dan menetapkan tarikh 10 Februari ini untuk serahan dokumen.

Pada 24 Disember lalu, media melaporkan polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh.

Baca juga:   16 ladang babi komersial di Melaka dijangkiti ASF

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

Hasil soal siasat, suspek yang merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan lumayan mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan