Wednesday, July 22, 2026

Dua maut dalam nahas dua kenderaan di WCE

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut manakala seorang lagi cedera setelah kenderaan dinaiki terlibat dalam nahas di Kilometer 208.6, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Ipoh, Perak, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.35 pagi mengenai kemalangan tersebut yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Vios dan Proton Saga.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta Toyota Vios, manakala seorang lagi telah tercampak dan terperosok di dalam longkang.

“Pemandu kereta Proton Saga pula dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, kedua-dua kenderaan tersebut dari arah yang sama iaitu selatan ke utara, berhampiran susur keluar Sitiawan Utara.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menggunakan peralatan khas dan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis serta ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Difahamkan, operasi tersebut tamat pada pukul 8.46 pagi. 

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan