24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Tanah runtuh: Usaha cari mangsa terakhir diteruskan

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA pencarian seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor memasuki hari kelapan hari ini.

Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki itu dimulakan pasukan penyelamat kira-kira 8 pagi, dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia.

Cuaca di lokasi pencarian pagi ini cerah berbanding hujan semalam sehingga menyebabkan operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

Semalam, operasi yang memasuki hari ketujuh berjaya menemukan empat mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa serta dua kanak-kanak pada kedalaman tujuh meter, lengkap berpakaian dan sudah mula mereput, di sektor C (Riverside) pada 11.04 pagi.

Baca juga:   Lima warna gelang pengawasan Covid-19 perlu anda tahu

Polis dalam satu sidang media lewat petang semalam juga mengesahkan jumlah rasmi dan sebenar kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden itu adalah seramai 92, bukannya 94 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

Jumlah terbaharu itu diperoleh setelah perkiraan dan semakan semula dibuat beberapa kali berdasarkan maklumat dan laporan diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli keluarga. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan