26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Hishammuddin tetap bersama UMNO

Beliau melihat perjalanan yang lebih sukar akan ditempuh pada masa hadapan susulan kekalahan teruk BN pada PRU15 lalu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BENDAHARI Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan tetap dengan perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya.

Menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya, Ahli Parlimen Sembrong itu berkongsi pendirian dan hala tuju politiknya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Bagi saya mudah, saya tetap UMNO dulu, kini dan selamanya. Saya tidak akan kemana, “katanya.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, perjalanan karier politiknya tidak mudah termasuk di peringkat awal lagi ketika di Cawangan UMNO Sungai Mati Bahagian Ledang.

Malah, beliau melihat perjalanan yang lebih sukar akan ditempuh pada masa hadapan susulan kekalahan teruk BN pada PRU15 lalu.

Tegasnya, BN-UMNO juga mesti membuat reformasi segera yang menyaksikan gabungan itu hanya memperoleh 30 kerusi di Parlimen.

“Jalan kedepan ini tidak akan senang. PRU15 BN kalah teruk hanya dapat 30 kerusi sahaja satu keputusan yang sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita semua khususnya warga Umno dan BN.

Advertisements

“Sesungguhnya kita perlu lakukan penambahbaikan dan (melakukan) apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan kita ini,”katanya.

Justeru, beliau berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan UMNO dan BN sekiranya ingin memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti.

“Kita tidak boleh salah langkah lagi. Memandangkan sekarang ada sedikit lebihan masa (saya) tidaklah sesibuk sebelum ini. InsyaAllah masa yang ada ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti.

Tambah Hishammuddin, seluruh ahli UMNO diingatkan untuk membulatkan tekad bagi memastikan masa hadapan parti yang lebih baik.

“Buat ahli akar umbi, nasihat saya ialah bulatkan tekad, rapatkan barisan dan sama-sama kita lihat ke hadapan demi masa hadapan dan kelansungan perjuangan. Sedar dan insaflah kita semua orang perjuangan,” katanya.

Pada PRU15, Hishammuddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong dengan meraih sebanyak 22,572 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua pesawah dari Pendang wakili negara ke Konvensyen PBB

DUA pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen...

Lagi Artikel Berkaitan