27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Anwar guna pedoman cerdik pandai laksana perubahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengambil pedoman daripada para cerdik pandai di negara dalam melaksanakan perubahan.

Anwar berkata, langkah tersebut diambil agar pasukannya dapat melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat yang telah tertangguh sejak sekian lama.

Menurutnya, hasrat beliau adalah untuk melihat negara kita terus pulih dan kebajikan rakyat terbela.

“Saya bertemu dengan para ilmuwan dan ahli akademik di Seri Perdana pada malam ini. Sikap tuntas dalam menyatakan pendirian yang sejati waima terpaksa menongkah arus menjadi suatu ciri ilmuwan yang disegani.

“Dalam kesempatan itu, saya turut kongsikan beberapa keputusan kebijakan yang telah diambil kerajaan untuk menegakkan tata laksana yang baik.

“Kebijaksanaan dan pengalaman sejarah mengajar kita untuk membina masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera buat semua,” katanya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   Fitnah: Anwar saman MB Kedah

Beliau berkata demikian sempena pertemuan dengan ilmuan dan ahli akedemik.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Agama, Datuk Dr Naim Mokhtar.

Dalam majlis tersebut, wakil Kumpulan 70 Profesor Melayu, Akademi Sains Islam Malaysia dan Institut Darul Ehsan berpeluang memberikan ucapan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bot nelayan tempatan tiada lesen ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen...

Lagi Artikel Berkaitan