27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tanah runtuh: 30 mangsa terkorban telah diserah kepada waris

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESEMUA 30 mangsa yang terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highlands – Batang Kali telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua mangsa berkenaan sudahpun dikenal pasti setakat jam 5 petang semalam.

“Sebanyak 30 mayat telah ditemui. Proses bedah siasat untuk semua mayat telah selesai dijalankan, dikenal pasti dan diserahkan kepada waris.

“Proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa,”katanya.

Sementara itu, NADMA turut mengeluarkan senarai nama mangsa-mangsa berkenaan.

NADMA mengeluarkan senarai nama mangsa tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highlands – Batang Kali.

“Sebarang maklumat mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,”katanya.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya telah mengakibatkan 30 mangsa terkorban.

Daripada keseluruhan 92 mangsa, 61 terselamat dan seorang dilapor masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa masih lagi diteruskan oleh pasukan penyelamat dan kini memasuki hari kesembilan. – Edisi 9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan