29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

15 kes kebakaran litar pintas sepanjang lima hari banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 15 kes kebakaran yang berpunca daripada litar pintas direkodkan dalam tempoh lima hari banjir teruk yang melanda Kuala Terengganu mulai 19 Disember lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kebakaran itu disebabkan oleh kerosakan barangan elektrik dan pendawaian yang terjejas akibat ditenggelami air banjir.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk yang terkesan supaya memastikan pendawaian berada dalam keadaan baik dan peralatan elektrik betul-betul kering sebelum digunakan selepas banjir.

“Memang biasa berlaku mangsa banjir apabila balik ke rumah, dalam keadaan tergesa-gesa terus buka suis tanpa periksa dulu keadaan pendawaian jika ada yang rosak dan terdapat arus elektrik mengalir.

“Begitu juga barangan elektrik yang belum betul-betul kering, jika digunakan boleh menyebabkan litar pintas yang akhirnya mencetuskan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tanjung Sabtu malam tadi.

Dalam pada itu, Md Hilman berkata,  sebanyak 22 kes lemas direkodkan dari 1 Januari hingga 23 Disember tahun ini. – BERNAMA

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan