31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia nyata komitmen erat hubungan 2 hala dengan Australia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyatakan komitmennya untuk terus mengeratkan hubungan dua hala dengan Australia di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua Kerajaan juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat.

“Australia merupakan rakan yang rapat dan penting bagi Malaysia. Pada tahun 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala melalui Kerjasama Strategik kepada CSP.

“Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion),” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan susulan menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat beliau iaitu Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

Menurut Anwar, Ini merupakan interaksi pertama mereka berdua sejak beliau memegang tampuk pentadbiran pada bulan lau.

“Kami telah menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Untuk rekod, sebelum ini Anthony turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah sempena perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Anthony juga turut berharap Anwar dapat bekerjasama dengan negara itu melalui ASEAN melalui satu catatannya di Twitter.

“Saya berharap untuk meneruskan sejarah panjang persahabatan dan kerjasama antara negara kita dan bekerjasama melalui ASEAN untuk manfaat rantau ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan