32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tanah runtuh: 13 maut, tujuh mangsa cedera terima rawatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

[TERKINI] SETAKAT ini, seramai 13 mangsa terkorban akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkemahan berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali hari ini.

Perkara itu dimaklumkan, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Hospital Selayang tadi.

Beliau berkata, sebahagian daripadanya masih berada di kawasan kejadian dan ada yang telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Jumlah berkenaan merupakan informasi yang terkini diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini,”katanya.

Namun, katanya, jumlah berkenaan bergantung kepada sebarang perkembangan di lokasi kejadian.

“Buat masa ini, seramai tujuh mangsa yang sedang dirawat di tiga buah hospital.

“Sebanyak tiga hospital yang terlibat untuk merawat kes-kes daripada kejadian itu.

“Seorang setakat ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan ada di Hospital Kuala Kubu Baru. Sebahagian besar mangsa yang cedera berada di zon hijau,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

Mengulas lanjut, katanya, salah seorang daripada mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Selayang merupakan ibu mengandung dan memerlukan pemerhatian.

“Selepas saya melawat yang cedera dan berada di Jabatan Kecemasan di sini, ketiga-tiga memerlukan pemerhatian dan rawatan, ada yang cedera di muka,” jelasnya.

Terdahulu beliau menerima taklimat daripada pihak pengurusan Hospital Selayang mengenai mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar). – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan