26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Tiada kebenaran himpunan solidariti tuntutan bersasar KWSP 2.0

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 yang dirancang diadakan di pintu masuk Parlimen, Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan sebarang perhimpunan solidariti sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Siasatan awal mendapati himpunan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR).

“Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Poster tular yang mengajak orang ramai solidariti berhimpun untuk mendesak tuntutan KWSP Bersasar 2.0 di Parlimen, Isnin ini.

Terdahulu, katanya, polis mengesan satu poster yang dimuat naik di media sosial oleh pemilik akaun Facebook Azmie Bugis-AB pada Rabu, yang menggesa orang ramai turun menyokong solidariti dan perhimpunan itu yang akan diadakan pada 7.30 pagi.

Baca juga:   Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit

“Sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan, polis akan memanggil penganjur untuk diambil keterangan dan melakukan tindakan susulan,” katanya.

Penelitian dalam laman itu mendapati PGIR kononnya menyatakan misi dan matlamat solidariti berkenaan adalah untuk menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa billah Shah , Perdana Menteri dan wakil-wakil rakyat.

Baca juga:   Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin

Ia bagi menzahirkan desakan rakyat yang sangat-sangat tertekan, terhimpit dan terkesan dan mahukan pengeluaran KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera.

PGIB juga menuntut agar pelan tindakan mereka menguatkan usaha tuntutan dan dibawah di Dewan Rakyat. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan