Thursday, July 23, 2026

PM arah misi menyelamat dijalankan secara rapi, sistematik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi, sistematik oleh semua jabatan kerajaan dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali hari ini.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua mangsa melibatkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia.

Difahamkan dua daripada mangsa telah meninggal dunia dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm itu.

Dalam pada itu, Anwar akan turun ke kawasan bencana malam ini bagi mendapatkan sendiri maklumat lanjut mengenai kejadian.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan