24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Mohd. Syafiq akan ambil tindakan undang-undang

Saya tidak diberikan notis yang munasabah apabila tarikh berkuatkuasa penamatan perkhidmatan adalah pada hari yang sama menerima surat tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah dijangka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung penamatan perkhidmatannya semalam yang didakwa tidak diberikan notis yang munasabah.

Beliau yang turut terkilan dengan keputusan tersebut berkata, surat penamatan perkhidmatan bertarikh 1 Disember 2022 itu hanya diterima semalam (12 Disember).

“Saya tidak diberikan notis yang munasabah apabila tarikh berkuatkuasa penamatan perkhidmatan adalah pada hari yang sama menerima surat tersebut.

“Sejak menerajui Perkhidmatan Awam telah banyak penambahbaikan yang diusahakan namun ada perkara yang tidak disenangi oleh segelintir pegawai awam berkepentingan di dalam perkhidmatan awam dan juga bersama pihak luar.

“Justeru, beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu-isu viral di media sosial dan media massa yang semakin memuncak dengan tindakan penamatan perkhidmatan saya semalam.

“Saya berasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai

Mohd. Syafiq juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan semasa menjawat jawatan sebagai KPPA malah telah menjalankan tugas secara amanah juga tegas.

Baca juga:   Anggota wanita APM, Nor Hezlina Nazrin maut diheret kereta

“Sejak menjawat jawatan KPPA, terdapat usaha menghalang saya bertindak dengan efisien dan segera apabila beberapa mesyuarat penting kenaikkan pangkat telah ditangguh oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Tuan Pengerusi Mesyuarat seperti Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat perkhidmatan Awam.

“Saya juga tidak boleh membuat keputusan sewenangnya untuk melantik dan memberikan kenaikkan pangkat pegawai awam kerana perlu melalui Mesyuarat Lembaga.

“Kelewatan mengadakan Mesyuarat Lembaga telah menyebabkan banyak jawatan penting yang kosong di dalam sektor awam tidak dapat diisi dengan segera, terutamanya di peringkat pengurusan tertinggi Kementerian atau Agensi,”katanya.

Tambah Mohd. Syafiq, beliau amat menyokong aspirasi kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam dan menyahut manifesto kerajaan baharu untuk membuat transformasi dalam perkhidmatan awam di Malaysia.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati semua Pegawai Awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota Perkhidmatan Awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan,”kata beliau. – Edisi 9

Baca juga:   Malaysia raih enam anugerah dalam IMO 2022 di Oslo

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan