30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PM arah jabatan kerajaan laksana langkah subsidi bersasar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan merangka dan membangunkan langkah yang sesuai untuk melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri.

Anwar berkata, Malaysia mesti menyalurkan subsidi pukal, yang turut memberi manfaat kepada golongan kaya raya dan konglomerat, ke arah menyokong pemilik perniagaan B40, M40 dan peniaga kecil yang terkesan dan memerlukan berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus dari angka itu yakni 1 juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih dari 50 peratus subsidi elektrik.

“Ini mengambilkira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini,”katanya pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 4 Tahun 2022.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 untuk tahun 2022 di Putrajaya.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mesyuarat turut dihadiri semua Menteri yang berkaitan, Ketua Setiausaha Negara, pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua Setiausaha Kementerian.

Baca juga:   [VIDEO] Kapsul Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia

Pada 27 November, Anwar mengarahkan NACCOL menganalisis dan meneliti implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

Katanya, subsidi yang ditanggung kerajaan termasuk subsidi bil elektrik, kini dinikmati semua golongan walaupun ia sebenarnya untuk golongan miskin.

Baca juga:   16,902 penjawat awam belum divaksin berdepan tindakan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada mesyuarat itu, turut membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu, di mana beliau sendiri telah berikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak tiga kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat NACCOL hari ini yang mengupas isu, tantangan dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.

“Laporan-laporan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal daripada pemegang taruh berkaitan terutamanya pemain industri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili hak pengguna,” katanya.

Ujar beliau, kerajaan konsisten dalam membangun serta mendukung pembangunan industri yang mampan.

“Sektor penternakan negara telah lama mencapai tahap yang mampan untuk memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat, dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar dan bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan.

“Pada saat ini, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk.

Baca juga:   Keputusan MKT bukti UMNO utamakan kepentingan rakyat
Baca juga:   Bentang bajet awal perkara biasa - Ismail Sabri

“Justeru, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneliti kaedah campurtangan kerajaan di peringkat pengguna,”katanya.

Anwar berkata, mesyuarat NACCOL telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar telah disyorkan.

“Perkara ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan