29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Mangsa banjir di Dengkil meningkat 189 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dengkil malam tadi susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

Berikutan keadaan itu, menjadikan keseluruhan mangsa banjir meningkat kepada 189 orang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, PPS yang dibuka malam tadi adalah Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali yang menempatkan 81 mangsa banjir daripada 20 keluarga.

Beliau berkata, PPS baharu itu menempatkan mangsa dari Kampung Cemperai dan kesemua mereka dipindahkan bermula pukul 10 malam tadi.

“Buat masa ini, dua lagi PPS masing-masing beroperasi di Dewan Komuniti Taman Gemilang yang menempatkan 62 mangsa manakala, Dewan Orang Ramai Dengkil pula menempatkan 81 mangsa.

“Kedua-dua PPS itu dibuka pada Selasa lalu dan mangsa banjir tidak dibenarkan lagi pulang ke rumah kerana keadaan masih tidak selamat,”katanya di sini.

Katanya, buat masa ini, tiga kampung masih terjejas banjir iaitu Kampung Ampar Tenang, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Cemperai.

Dalam pada itu, paras air di Sungai Langat di Dengkil mencecah 7.85 meter malam tadi iaitu melebihi paras bahaya (7.5 meter).-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan