Friday, June 5, 2026

JAWI lepaskan 6.8 tan abu Al-Quran ke laut

Pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama beberapa agensi menyempurnakan aktiviti pelepasan sebanyak 6.8 tan abu Al-Quran ke laut petang semalam.

Pegawai dan kakitangan JAWI turut dibantu kru kapal Pedoman melepaskan ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut.

Ia dilaksanakan ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di perairan Pulau Indah, Selangor.

Abu Al-Quran yang akan dilepaskan ke dalam laut.

“Al-Quran mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa walau di mana-mana jua berada,” kata JAWI menerusi hantaran di Facebooknya.

Pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan Al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30.

Program ini merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan Al-Quran yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap masa. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan