27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kementerian Pengangkutan jamin teruskan projek berskala besar

Ia membabitkan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memberi jaminan bahawa projek mega dan berskala besar dikendalikan kementerian itu akan diteruskan seperti biasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia membabitkan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Menurutnya, pendekatan kerajaan sekarang ialah apa sahaja projek yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.

“Saya rasa kesemua projek berkenaan telah dimulakan dan tiada masalah untuk kita diteruskan,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga kementerian di Putrajaya, hari ini.

Loke berkata, bagi projek ECRL pula, seperti dijanjikan ketika kempen pilihan raya lalu, projek mega itu akan diteruskan dan ia tidak akan ditangguhkan lagi.

“Projek ini sudah melalui banyak proses rundingan dan kajian semula termasuk perubahan laluan dan stesen. Kita tidak mahu sebarang bentuk penangguhan lagi ke atas projek mega ini.

“Pojek itu sudah pun dimulakan dan ia berjalan dengan baik walaupun ada ketikanya kita tidak berapa setuju dalam beberapa perkara dan keputusan yang dibuat,” katanya.

Untuk rekod, projek ECRL sepanjang 665 kilometer itu dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion membabitkan jajaran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kemajuan keseluruhan projek ECRL berada pada sekitar 35.9 peratus.

Projek itu dijangka beroperasi pada Januari 2027 dan ia boleh menampung 5.6 juta penumpang setahun, dengan memuatkan 440 penumpang bagi satu perjalanan membabitkan enam gerabak.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan