29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Jenazah warga Malaysia lemas di Bali tiba di KLIA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENAZAH seorang warga Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.15 malam Jumaat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, memaklumkan mangsa dihanyutkan arus kuat pada pukul 2.50 petang Selasa pada 27 Disember dan ditemui pada keesokannya.

“Ketika kejadian di Diamond Beach di Pulau Nusa Penida, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan dua pelancong asing lain yang bergelut dalam air akibat ombak besar dan arus kuat.

“Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudahcara pengurusan jenazah termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan jenazah dibawa pulang dengan segera,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian itu juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dalam mengharungi masa-masa sukar ini.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan di Bali, saksi yang melihat kejadian terus melaporkannya kepada pihak berkuasa yang memulakan usaha mencari dan menyelamat dengan segera.

Bagaimanapun, usaha menyelamat terpaksa dihentikan seketika kerana ombak berbahaya selain cuaca buruk dan hari semakin gelap.

Operasi mencari disambung semula keesokannya dan mayat mangsa ditemui pada pukul 10.10 pagi, 10 kilometer daripada tempat mangsa hilang. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan