26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bincang potensi kerjasama baharu Malaysia, Kanada – Anwar

Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada Justin Trudeau hari ini membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam pelbagai lapangan.

Ini termasuk sektor pendidikan, tenaga boleh diperbaharui dan hubungan sesama insan.

Menurut Anwar, perkara tersebut dibincangkan ketika Perdana Menteri Kanada itu membuat panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Anwar memuat naik video panggilan telefon berdurasi 4.09 minit itu di laman Facebook miliknya.

“Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi.

“Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021,” katanya hari ini.

Ujar Anwar lagi, nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan pula adalah RM789 juta.

Dalam pada itu, Trudeau dalam penggilan telefon itu menzahirkan minat untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada Kanada di rantau ini.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan