32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Bersatu bolehlah ‘tutup kedai’ di Sabah – Mohd Puad

Beliau mendakwa parti Bersatu Sabah sudah tiada akar umbi, malah akar umbi sedia ada juga dari UMNO yang 'lompat parti'.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan agar Bersatu Sabah ‘tutup kedai’ susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengumumkan keluar parti itu, semalam.

Beliau mendakwa parti Bersatu Sabah sudah tiada akar umbi, malah akar umbi sedia ada juga dari UMNO yang ‘lompat parti’.

“Apabila UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat masuk BERSATU. Tinggal tiga orang yang terus istiqamah iaitu Bung Mokhtar, Yaakub Khan dan Ramie Unggi.

“Sebanyak 21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baharu termasuk dua pemimpin akar umbi Wanita. Apakah UMNO Sabah mati. UMNO Sabah bangkit semula dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Itu maknanya UMNO Sabah berakar umbi. Sekarang giliran BERSATU, semua keluar BERSATU dan akan tubuh parti baharu. Akan ada lagikah BERSATU di Sabah.” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Ujar Mohd Puad lagi, tanpa kuasa di peringkat kerajaan negeri di Sabah, BERSATU di situ boleh ‘tutup kedai’.

“BERSATU tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti.

“Tanpa kuasa di kerajaan negeri, BERSATU bolehlah `tutup kedai’ di Sabah,” katanya.

Semalam, kepemimpinan BERSATU Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengambil pertimbangan keadaan landskap politik negara ketika ini.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan