Thursday, June 4, 2026

Dua beradik ditemukan lemas di Pantai Chenang

Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT dua beradik ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan hilang di Pantai Chenang di Langkawi, Kedah, semalam.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, mangsa pertama, Juwaras Rajan, 22, ditemui di pesisir Pantai Chenang kira-kira satu kilometer dari Dataran Chenang pada pukul 8.40 malam semalam.

Menurutnya, mangsa kedua, Ravishangkar Rajan, 26, ditemui tidak jauh dari mangsa pertama pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media semalam melaporkan dua lelaki hilang dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti pantai di Pantai Chenang pada petang semalam.

Manakala seorang rakan mereka berjaya diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan