27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tamat sengketa: Steven Sim, Ahmad Maslan jual beli pantun

Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian dilantik semula sebagai timbalan menteri kewangan portfolio yang pernah dipegangnya ketika era pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong dan Datuk Seri Ahmad Maslan berbalas pantun di media sosial masing-masing malam tadi mendapat perhatian ramai.

Sim menerusi hantaran awal di Twitternya memuat naik ciapan serangkap pantun selepas selesai menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan di Istana Negara.

Menurut beliau, demi pertiwi dia akan bekerja bersama dengan Ahmad di Kementerian Kewangan (MOF).

“Sama-sama dayung bahtera, Dayung arah kota permata, Sama-sama bangun negara, Junjung titah lupa sengketa,” ciapnya sambil memetik ciapan lama pada 28 Disember 2015.

Tidak lama kemudian, Ahmad membalas ciapan Sim dengan serangkap pantun:

“Kita jumpa di pejabat MOF. “Dayung arah kota permata, Handal panglima jadi hikayat, Junjung Titah lupa sengketa, Ayuh bersama demi rakyat,” katanya dalam Facebok malam tadi.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen tersebut pernah ‘bertikam lidah’.

Advertisements

Penghujung tahun 2015 lalu, Sim pernah memuat naik ciapan di Twitternya yang menegaskan dia mempunyai tugas untuk menjatuhkan Kerajaan yang mempunyai individu seperti Ahmad Maslan.

Ciapan pantun terbaharu itu bagaimanapun menarik perhatian ramai dan ada juga menyifatkan ia sama seperti orang bercinta.

Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian dilantik semula sebagai timbalan menteri kewangan portfolio yang pernah dipegangnya ketika era pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

Sim pula pernah menjadi timbalan menteri belia dan sukan semasa pentadbiran PH dari 2018 hingga 2020.

Semalam, seramai 27 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan