25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Beberapa jam dibuka, MN terima lebih 10,000 permohonan

Berdasarkan permohonan yang menggalakkan itu, beliau yakin akan kekuatan baharu untuk meneruskan perjuangan bersama kumpulan orang yang jujur dan ikhlas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUAFAKAT Nasional (MN) menerima lebih 10,000 permohonan dalam tempoh beberapa jam permohonan dibuka kepada umum.

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa terharunya selepas orang ramai memohon sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan permohonan yang menggalakkan itu, beliau yakin akan kekuatan baharu untuk meneruskan perjuangan bersama kumpulan orang yang jujur dan ikhlas.

“Subhanallah… baru beberapa jam keahlian Muafakat Nasional dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima. Saya amat terharu betapa ramainya diluar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama,bangsa,dan negara serta cintakan muafakat.

Advertisements

“Tiba-tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita seterusnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan untuk menggerakkan MN bagi meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan penyatuan yang sejati yang kini dilihat semakin rapuh.

Pendaftaran organisasi tersebut boleh dibuat melalui pautan http://muafakatnasional.org.my/

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan