29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jumlah terkini mangsa banjir meningkat, seramai 2,550 orang

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan Johor.

Berdasarkan infografik laporan terkini Nadma yang dikeluarkan, di Pahang, sebanyak 11 PPS dibuka dalam lima daerah bagi menempatkan seramai 573 mangsa banjir yang secara keseluruhannya terdiri daripada 171 keluarga.

Sementara itu, di Terengganu seramai 659 mangsa daripada 168 keluarga ditempatkan di 11 PPS.

Infografik Nadma berhubung laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara.

Bagi Kelantan pula, lima PPS yang terletak dalam sebuah daerah menempatkan 376 keluarga berjumlah 1,157 orang.

Selain itu, di Perak, 134 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan dalam satu PPS.

Di Johor, 27 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan dalam satu PPS dalam satu daerah. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan