29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Bas rempuh belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bas ekspres remuk dibahagian hadapan kenderaan selepas dipercayai merempuh belakang sebuah lori muatan buah-buahan dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 317.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi ini.

Akibat kemalangan itu, pemandu bas berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan di perut manakala penumpang wanita berusia 28 tahun, luka di dagu.

Kemalangan yang melibatkan bas membawa 16 penumpang itu turut menyebabkan buah-buahan yang dibawa lori bertaburan di atas lebuh raya.

Kemalangan berkenaan turut menyebabkan buah-buahan yang dibawa lori bertaburan di atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 2.45 pagi.

Advertisements

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dalam perjalanan daripada Bukit Kayu Hitam menuju ke Selayang, dipercayai dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah bas ekspres,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu dan penumpang bas yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

“Pemandu lori yang berusia 26 tahun serta 15 penumpang bas ekspres yang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Ujar beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan