24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir semakin pulih, satu PPS masih beroperasi di Terengganu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur sejak akhir bulan lepas semakin pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Terengganu, pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 53 orang daripada 12 keluarga masih di PPS Masjid Kampung La di Besut, kekal seperti semalam.

Semua mangsa berkenaan dijangka berada di PPS itu untuk tempoh yang lama berikutan kebanyakan rumah mereka rosak sepenuhnya akibat dihanyutkan arus banjir.

Advertisements

Sementara itu, jumlah penduduk di Sabah yang terkesan dengan fenomena air pasang besar dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berkurang kepada 652 orang daripada 113 keluarga pagi ini berbanding 688 orang daripada 121 keluarga, malam tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini menasihatkan penduduk di negeri-negeri Pantai Timur agar kekal berwaspada walaupun situasi bencana itu semakin pulih.

Ini berikutan hujan lebat berterusan masih berpotensi berlaku kerana Monsun Timur Laut belum berakhir hingga Mac 2023. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan